

Kontraktor Ubahsuai Rumah
SYARAT - SYARAT PINJAMAN LPPSA
Syarat-Syarat Asas
​
1. Rumah kediaman pertama adalah dibeli melalui pinjam Perumahan Perbendaharaan Malaysia (LPPSA).
​
2. Pinjaman ubahsuai hanya dibenarkan sekiranya melibatkan penambahan keluasan bangunan.
​
3. Rumah kediaman yang ingin diubahsuai telah dibeli baru dan lama.
​
4. Kakitangan kerajaan berjawatan tetap.
​
5. Borang permohonan dikemukakan sebelum bersara/tamat perkhidmatan.
​
6. Bukan seorang siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib.
​
​

JENIS 7 -
MEMBUAT KERJA UBAHSUAI RUMAH
Pembiayaan ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman yang dibeli melalui pembiayaan
perumahan Lembaga
​
7.1.1- Pembiayaan ubahsuai hanya dibenarkan sekiranya
melibatkan penambahan keluasan bangunan.
7.1.2- Tiada tunggakan bayaran balik pembiayaan.
7.1.3- Kelayakan pembiayaan ubahsuai adalah seperti
pembiayaan kedua iaitu amaun pembiayaan
ubahsuai adalah perbezaan antara kelayakan
semasa dengan amaun yang telah diambil atas
pembelian hartanah pertama tertakluk kepada
ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50%
(termasuk bayaran balik pertama) daripada gaji
hakiki semasa.

Senarai kerja ubahsuai yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut:
7.2.1 - Preliminaries seperti:
- kos Juru Perunding (penyeliaan dan penyelarasan kerja
ubahsuai);
- kos guaman;
- kos Pihak Berkuasa Tempatan;
- kos penyediaan pelan bangunan; dan insurans pekerja dan
bangunan.
7.2.2 - Aksesori/ peralatan seperti:
- alat pendingin hawa termasuk bekas/ alas alat pendingin
hawa (tray for aircond);
- pemancar penyiaran dan peralatan berkaitan;
- peralatan elektrik/ alat penyedut asap/habuk;
- solar dan turbine;
- dapur gas;
- perhiasan rumah;
- perabot rumah mudah alih;
- Perabot jenis ‘build in’;
- menukar syiling, cornice dan dome;
- menambahkan lampu;
- alatan telekomunikasi dan teknologi;
- anjung kereta kecuali ia dibuat bersama penambahan
keluasan bangunan;
- pagar kecuali dibuat bersama penambahan keluasan
bangunan;
- awning; dan menukar permukaan lantai yang sedia ada.
Laman dan landskap seperti:
- kolam renang;
- kolam ikan;
- gazebo / pergola;
- rumput; dan parkir berasingan

Ubahsuai Rumah / Bina Banglo Melalui Pinjaman LPPSA
(Khas utk kakitangan kerajaan)
​
Kami mengendali projek di Seluruh Semenanjung Malaysia
PROJEK





Robin Cemerlang Enterprise yang telah ditubuhkan pada tahun 2008 beralamat No.73, Jalan S2 034, City Centre, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Ia merupakan sebuah syarikat pengubahsuaian rumah dan pembinaan banglo yang berdaftar dibawah Lembaga Pembangunnan Industri Pembinaan Malaysia (CIBD) sebagai sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan menguruskan pinjaman perumahan kerajaan untuk kakitangan kerajaan daripada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
Dengan itu, pihak kami bertanggungjawab dalam pengurusan pinjaman perumahan, guaman, dan juga penyerahan plan kepada pihak kelayakan serta dapat melaksanakan kerja-kerja dengan lebih berkualiti dan pantas.
Bukan itu sahaja, kami mempunyai tenaga kerja yang mahir serta terlatih dalam menjalankan kerja-kerja di tapak bina. Dengan kemampuan dan pengalaman sedia ada, syarikat ini mampu untul mengendalikan dan menguruskan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan sebagaimana tempoh yang telah ditetapkan dengan memberi keutamaan kepada mutu kerja yang terbaik.
Kita juga menerima projek di seluruh Semenanjung Malaysia.
ABOUT
GAMBAR












HUBUNGI
Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan, soalan atau pujian, sila hubungi: 016-7235202 / 016-2136444 atau isi borang di bawah
Ibu Pejabat
NO.73, TINGKAT 1, JALAN S2 D34,
CITY CENTRE, SEREMBAN 2, 70300
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA.
​
https://robincemerlang.wixsite.com/ubahsuai-rumah
​Tel: 06-6016988 or 06-6016989
Fax: 06-6016987